Tuesday, March 31, 2020

Wabak Yang Misteri



☁EH…HAI MY LOVE…LOVE & LOVE…ASSALAMUALAIKUM ;)

Harini aku nk cerita psl kejadian yg menimpa keluarga aku. Hurm perkara ni bukan tentang masalah family. Tapi berkait dengan covid. 1st of all aku akan memperkenalkan family aku. Aku ada 4 beradik 2 lelaki dan 2 perempuan hehe.


Hujung bulan 11

Mula-mula aku jaga mak angkat aku kt hospital. Time balik tu aku terus demam  teruk dan x baik-baik. Pada masa yg sama , abg aku kat UTEM Melaka demam. Nak jadi cerita,aku demam tu mmg teruk sampai lah satu tahap yg aku rasa segalanya sakit dr dalam sampai luar badan. Dan tak mampu untuk buat apa pun. Ada satu hari tu aku x bernafas dan x rasa bernafas, aku panick jugak sebb x rasa bernafas kan tapi aku ingat kejadian kt Politeknik time tu member aku sesak nafas sbb ada latihan kebakaran tapi bomba ckp jgn panick. Slow-slow bernafas. Aku pun sapu minyak panas yg ada kat dada dan belajar bernafas slow-slow. Srsly terlalu panick time tu klu aku x tenang maybe dh xde kot harini. Aku x pernah rasa demam mcm ni sampai tahap aku ckp kat Allah”Tariklh nyawa aku jika itu yg terbaik”. Yes masa kena tu 2 minggu x baik dan aku terlantar . Then aku ada batuk yg teruk sampai rasa tiap kali batuk menendang perut . Sangat sakit sebb aku batuk but xde kahak. Macam-macam ikhtiar aku buat yg aku akan cerita kat bawah bahagian perubatan. Disebbkan tu jugak aku x kenal sgt kwn-kwn sem1 aku kat poli. Selalu diorg yg tegur aku dulu,baru aku refresh otak aku utk kenal diorg balik.


Cerita pasal adik lelaki,adik perempuan,ayah dan mak aku.

Diorang tak series sgt kena demam tu. Yang teruk mak aku dan ayah aku. Mak aku pun terlantar tapi dia seorang yg strong. Dalam bbrp hari mak aku hanya bangun utk solat je.Sebulan dua jugak mak aku baru betul-betul pulih dan hanya bergantung pada jamu yg kami buat sendiri dan panadol bbrp papan.  Ayah aku pulak jadi teruk selepas hantar aku register politeknik untuk sem2 . Aku belikan ayah aku panadol kat speedmart. Masa tu aku dh recovery sikit-sikit. Otw ayah aku balik ke Selangor selepas hntr aku, aku tye gak umi aku yg ayah okay tak. Nak jadi cerita kat sini, ayah aku demam puncanya aku. Sebab duk dalam satu kete n aircond kan…sebb tu virus tu merebak. Ayah aku pulak terlantar kat rumah . Bila umi aku bwk pergi hospital n klinik DR. cakap xde pape sampai hamper tiap-tiap hari ayah aku masuk air kt hospital. Tapi tak kena tahan ward. Dr x jumpa penyakit sebenar. Macam-macam ujian dibuat amik darah hari-hari tau. Ayah aku masa nk pulih dia hilang ingatan sikit. But dia ingat isteri n anak-anak lah sedare mara. Suara ayah aku mcm Ramli Sarip hahaha. Lama gila dlm 3 bulan baru recovery . Umi aku ckp jaga ayah aku mcm jaga mayat hidup n urut ayah aku dr 11 mlm smpi 11 pg urut ayah aku hampir seminggu mcmtu sampai ayah aku sedu tak henti-henti mcm dh 50…50. Masa tu berserah tp ayah aku kuat Alhamdulillah.




Kesan demam tu adalah :

1.Aku dah tak kuat untuk ingat banyak benda . Semua kena catat. Aku byk lupa apa yg terjadi 6..7 tahun lepas. Dulu ingatan aku kuat masa PASTI pun aku ingat . Tapi sekarang dah x mampu. Lagi-lagi bila hidung aku berdarah aku xkan focus dlm kelas dan satu hari tu akan pening kepala dan tak mampu menerima maklumat langsung. Bila kat politeknik yg byk membantu kwn-kwn aku lah thanks korg.
2.Ayah aku lost memory dari segi semua benda dalam dunia ni dia x berapa ingat.
3.Umi aku demam x berhenti dalam sebulan kena cover dengan panadol totally.

Ubatan-ubatan yg kami ikhtiar :

1.Jamu kunyit hidup blender ditapis+madu+air asam jawa
2.Panadol setiap 3 jam sekali
3.Vitamin C (markisa dan buah kedondong blend buat air and air limau kasturi) Kami gunakan bahan ni semua sebab bahan-bahan ni murah dan mudah didapati sebagai seorg supplier restoran.

Tapi plg power jamu tu . Actually hidayah jamu tu dapat bila penyakit ayam berak kapur sekampung. Umi aku bg air kunyit. Bcs kunyit adalah antiseptic yg plg baik dan murah. Ayam yg umi bg dh 3 hari x blh bgn n lembik…bg tgahari ptg dh blh bangun n hidup Alhamdulilah. Berbanding dgn ayam yg x sempat diberi mati mcm tu je. Sebab tu umi bg aku n ayah jamu tu. At the same time, umi google jgk. Tapi klu nk pilih buah yg plg terbaik adalah markisa sbb kami gunakan sbg pengganti  panadol. Biasanya kami berubat secara alami dan jarang guna panadol . Kami sering gantikan buah markisa tepi umah sbg panadol
Okay tu je aku nk kongsi psl symptom yg sama dengan covid korg blh share benda ni if korg nak….
Tu je cerita aku harini see you guys next time…BYEEEE💌
TERIMA KASIH SEBB SUDI BACA HEHE😼






2 comments:

  1. Allah has grant you the best family to yourself 💪🏿 stay safe and stay strong

    ReplyDelete

FALSAFAH DAN ISU SEMASA

  SHORT SEM ASSIGNMENT 💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗 CIRI - CIRI KANDUNGAN & PROSES DALAM INKUIRI FALSAFA...